Selasa, 09 Desember 2014

Pengenalan Laman Web

Dunia internet merupakan dunia tanpa sempadan. Melalui internet, pelbagai informasi dan perniagaan dapat dijalankan bermula dengan memiliki laman web. Laman web merupakan kedai atau pejabat bagi mempamerkan perniagaan serta entiti kita di dunia sebenar melalui internet.
Terdapat beberapa jenis laman web yang secara khususnya digunakan oleh kerajaan, organisasi, syarikat dan usahawan bagi menyampaikan maklumat dan menjual produk mereka. Berikut ialah jenis jenis laman web yang asas


1) Laman Blog
Laman blog merupakan medium utama bagi sesebuah syarikat menyampaikan berita semasa, laporan aktiviti yang telah dijalankan dan pengumuman syarikat kepada orang awam. Bagi individu, blog merupakan tempat untuk menifestasikan pandangan dan kehidupan seharian yang lazimnya merangkumi kehidupan peribadi, kerjaya dan falsafah hidup. Usahawan pula menggunakan blog sebagai medium permasaran dan perkongsian maklumat yang akhirnya meningkatkan kredibiliti mereka sekaligus memberikan ganjaran keuntungan dengan strategi permasaran yang berkesan.
Berikut ialah contoh laman blog :

Malay Chamber of Commerce Malaysia  MCCM    NGO 3rd Force
Rujukan : Http://www.malaychamber.com

Kelate.Net   Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim
Rujukan : Http://www.kelate.net

Sepaktakraw
Rujukan : http://www.sepaktakraw.my

Sifu FB AdsRujukan : Http://www.sifufbads.com

2) Laman Web Korporat
Laman web korporat lazimnya digunakan oleh organisasi serta syarikat dan bercirikan informasi yang khusus berkaitan organisasi dan syarikat berkenaan. Ini membantu pengguna internet mendapatkan maklumat rasmi dari organisasi dan syarikat berkenaan melalui internet. dengan mudah
Berikut ialah contoh laman web korporat :

Laman Web Rasmi Air Kelantan Sdn. Bhd.   Corporate Website of Air Kelantan Sdn. Bhd.
Rujukan : Http://www.airkelantan.com.my

Aman Razak Group of Companies
Rujukan : Http://www.amanrazak.com

Laman Web
Rujukan : Http://www.lamanweb.my
Laman Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda
Rujukan: Http://www.smkbatumuda.edu.my

3) Laman web korporat dan blog
Terdapat juga laman web yang menggabungkan elemen blog dan korporat bagi meningkatkan interaksi dua hala antara pihak syarikat dan pelanggan/prospek mereka. Sebagai contoh :
aaa
Rujukan : Http://www.puim.my

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad  MTEM
Rujukan: Http://www.mtem.my
Laman Web
Rujukan : Http://www.lamanweb.my

4) Laman Web E-Dagang
Di Malaysia, laman web edagang sangat terkenal dan semakin mendapat sambutan yang menggalakan dikalangan usahawan bagi meluaskan pasaran mereka melalui internet. Terdapat banyak ciri ciri yang ada di kategori ini antaranya ialah
i) Payment Gateway bagi pembayaran secara kad kredit atau debit kad
ii) Fungsi Kos Penghantaran bagi produk fizikal
iii) Maklumat Pelanggan yang merangkumi maklumat peribadi, alamat penghantaran dan sejarah pembelian sebelum ini
iv) Serta ciri ciri unik yang lain akan diperincikan artikel seterusnya
Contoh laman web e-dagang ialah

Muslim Design   Islamic Fashion House
Rujukan: Http://www.Muslimdesign.com.my

Dahlya FashionRujukan: Http://www,DahlyaFashion.com

LifeRich   Aura Untuk Kebahagiaan  Kesihatan  Kecantikan   Kejayaan
Rujukan: Http://www.LifeRich.com.my

Web di atas merupakan laman web umum yang digunakan oleh kebanyakan orang. Namun, ada juga beberapa web yang mempunyai sistem unik di belakang web tersebut yang digunakan bagi syarikat besar seperti Facebook, Google, Molpay, dan beberapa lagi syarikat IT. Insya Allah, artikel seterusnya menyusul berkaitan dengan laman web E-Commerce dengan lebih detail.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar